Luaran Dua Ton
Tampil menyerlah dengan gaya yang luar biasa.
Dalaman Dua Ton
Penampilan sporty dan kontemporari yang dimodenkan mengikut cita rasa masa kini.
Lampu Ambien Ritma 72 Warna
Sesuaikan pengalaman pemanduan anda dengan pencahayaan ambien, mewujudkan suasana kabin yang menarik dan mengujakan mengikut pilihan anda.
Dalaman Sentuhan Lembut Premium
Rasai kemewahan pada setiap sentuhan, kini dengan kemasan leatherette bercorak jahitan yang teliti.
Konsol Lantai Terapung
Ruang kabin dimaksimumkan untuk lebih storan tanpa menjejaskan keselesaan.
Lampu Hadapan LED Penuh dengan Lampu Siang (DRL)
Menerangi perjalanan anda dalam apa jua keadaan.
Lampu Sambutan Hadapan
Lampu yang menyambut anda ke ruang eksklusif anda.
Rim Aloi 18”
Rim aloi rekaan baharu dengan kemasan dua tona dan corak potongan berlian, memberikan gaya dinamik yang menyerlah.
Spoiler Sporty
Direka untuk prestasi aerodinamik dengan gaya yang sporty dan bergaya.
Lampu Belakang LED Penuh Berbentuk Bar
Lampu belakang futuristik berbentuk bar yang menambahkan sentuhan kontemporari.
Empat Paip Ekzos
Kemasan sporty dengan sentuhan elegan krom.
Enjin i-GT 1.5TD Engine
Lebih lancar dan mesra alam berbanding sebelum ini, enjin ini telah dioptimumkan untuk menghasilkan 181PS dan 290Nm tork.
Transmisi Dwi Klac 7-Kelajuan (DCT)
Tukar gear dengan lebih pantas, lebih lancar dan lebih efisien menggunakan DCT terbaik dalam kelasnya.
Pemilihan Mod Stereng
Peribadikan setiap pemanduan dengan menukar tahap rasa stereng melalui mod Normal, Comfort dan Sport.
Pemilihan Mod Pemanduan
Dengan mod Adaptive baharu, anda kini mempunyai 4 mod untuk dipilih bagi menyesuaikan pemanduan anda dengan lebih baik.
Brek Parkir Elektrik dan Auto Brake Hold
Secara automatik mengaktifkan brek untuk memastikan kenderaan kekal selamat apabila berhenti sepenuhnya.
Penghidup Enjin Jarak Jauh
Panaskan enjin dan sejukkan kabin anda sebelum anda memasuki kenderaan.
Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
dan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
Pengurangan risiko pintar bagi potensi perlanggaran hadapan melalui brek automatik.Amaran jarak untuk membantu pemandu mengelakkan potensi perlanggaran hadapan.
Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan
Stop & Go
Pengesanan kelajuan dan jarak daripada kenderaan di hadapan dengan kelajuan kawalan pelayaran yang telah ditetapkan, walaupun dalam trafik berhenti dan bergerak.
Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
Mengekalkan kenderaan di tengah lorong dengan ACC melalui bantuan stereng.
Bantuan Kekal Lorong (LKA)
• Amaran Keluar Lorong (LDW)
• Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
• Kawalan Pemusatan Lorong (LCC)
Maklumat Tanda Trafik (TSI)
Mengesan, mengenal pasti dan memaparkan tanda-tanda trafik penting untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat.
Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
Menukar secara automatik antara lampu rendah dan lampu tinggi apabila terdapat kenderaan lain berdekatan
Bantuan Tukar Lorong (LCA)
Pemantauan titik buta dengan lampu penunjuk untuk membantu pemandu menukar lorong.
Rear Collision Warning (RCW)
Memberi amaran kepada pemandu tentang potensi pelanggaran dari belakang dan secara automatik mengaktifkan lampu kecemasan (hazard) untuk memberi isyarat kepada kenderaan yang datang.
Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA)
Mengesan kenderaan yang menghampiri dari bahagian belakang dan sisi ketika mengundur.
Amaran Pembukaan Pintu (DOW)
Mengurangkan risiko perlanggaran ketika membuka pintu melalui amaran bunyi dan lampu amaran.
Bantuan Parkir Automatik (APA)
Sistem parkir sendiri pintar yang memudahkan proses parkir dengan garis parkir boleh atur sendiri.
Kamera HD 360° + Pandangan Lut Sinar 180°
Paparan sekeliling penuh yang menunjukkan bahagian atas, sisi, dan bawah kenderaan bagi memastikan anda mendapat pandangan menyeluruh persekitaran.
6 Beg Udara SRS
Mengembang semasa perlanggaran untuk melindungi penumpang dan mengurangkan risiko kecederaan.
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Paparan masa nyata tekanan dan suhu tayar untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat.
14.6” Infotainment Head Unit
Akses semua keperluan digital anda melalui skrin sentuh yang lebih luas dan responsif.
Arahan Suara (Bahasa Melayu dan Inggeris)
Arahan suara Bahasa Melayu pertama yang mampu memproses pelbagai arahan serentak dengan hanya menyebut “Hi PROTON”.
Navigasi Dalam Talian
Navigasi GPS untuk membantu anda mencari laluan terbaik dan sentiasa selangkah di hadapan.
Ramalan Cuaca Dalam Talian dan Penstriman Muzik
Mainkan muzik kegemaran anda dan kekal dikemas kini dengan maklumat cuaca terkini.
Apple CarPlay® dan Android Auto™ Tanpa Wayar
Sambungan lancar dengan peranti pintar pilihan anda melalui pilihan sambungan tanpa wayar atau berwayar.
Aplikasi Mudah Alih PROTON Link 2.0
Pantau status kenderaan anda dari jauh, aktifkan fungsi tertentu, dan tempah janji temu servis hanya melalui peranti pintar anda.
Penukar Gear Kolum Automatik
Penukar gear kolum moden dan intuitif ini menawarkan akses yang lebih mudah serta membebaskan lebih ruang kabin di sekitar konsol tengah.
Pelindung Matahari Separa Lut Sinar
Perlindungan ergonomik daripada cahaya matahari dan silau tanpa menjejaskan penglihatan.
Ruang Simpanan 10L di Bawah Konsol
Luas, praktikal, dan mudah diakses untuk menyimpan barangan anda.
Bumbung Suria Panoramik
Nikmati pemandangan langit yang luas dengan pencahayaan semula jadi.
Pengelap Cermin Hadapan Automatik dengan Pengesan Hujan
Memastikan penglihatan optimum dengan pengelap automatik yang diaktifkan apabila hujan.
Pintu But Kuasa
Buka pintu but secara automatik dan mudah dengan hanya menekan satu butang.
Tempat Duduk Pemandu Kuasa 6-Arah
Laraskan kepada posisi tempat duduk pilihan anda untuk pengalaman pemanduan yang optimum.
Pengecas Tanpa Wayar
Pastikan peranti pintar anda sentiasa dicas dengan pengecasan pantas tanpa wayar, direka secara ergonomik untuk akses yang mudah.
4 Port USB
Dipasang di seluruh kenderaan untuk memastikan pengecasan yang mudah bagi peranti semua penumpang.
Corong Udara Belakang
Direka untuk memastikan aliran udara berterusan di seluruh kabin dengan hembusan udara pada bahagian kaki belakang.