Proton Saga

Proton Saga

5-YEAR

Warranty 150,000km*

3-TIMES

Free Labour Service*

RM38,990

Starting Price*

Pilihan Warna PROTON sAGA

Mempunyai 5 pilihan warna. *Sesetengah warna hanya ekslusif untuk varian tertentu sahaja.

Rekaan Proton SAGA Bergaya dan Selesa

Enjin i-GT 1.5
Enjin i-GT 1.5 serba baharu menawarkan pemanduan yang lebih lancar dan efisien, menghasilkan kuasa 120PS serta tork 150Nm untuk pengalaman pemanduan yang lebih halus dan selesa.Sistem Timing Chain (Bergigi) canggihnya beroperasi dengan pengurangan bunyi enjin sehingga 25.24%, memberikan prestasi yang lebih senyap serta ketahanan yang tahan lama.

PROTON Ride & Handling
Ditala dengan kepakaran jurutera kami untuk menawarkan pengendalian yang lincah serta kawalan yang lebih mudah dan yakin di setiap selekoh.

Electric Power Steering (EPS)
Nikmati pemanduan yang lebih mudah dengan kawalan stereng yang lebih lancar untuk meningkatkan keselesaan dan keyakinan ketika memandu.

Kabin Paling Sejuk Dalam Segmen
Nikmati keselesaan penyejukan terbaik dalam kelasnya dengan suhu serendah 15.2°C.

Autonomous Emergency Braking (AEB)
dan Forward Collision Warning (FCW)

Membantu mencegah pelanggaran hadapan dengan fungsi brek automatik serta memberi amaran apabila anda berada terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan.

Front Departure Alert (FDA)
Memberi notifikasi apabila kenderaan di hadapan mula bergerak, membantu anda kekal peka serta memastikan aliran trafik yang lebih lancar untuk semua pengguna jalan raya.

Intelligent High Beam Control (IHBC)
Menukar lampu rendah dan lampu tinggi secara automatik apabila kenderaan lain dikesan.

Lane Departure Warning (LDW)
Memberi amaran sekiranya kenderaan mula terkeluar dari lorong, membantu anda kekal berada dalam laluan yang betul.

Lane Change Assist (LCA)
Memantau titik buta anda untuk membantu penukaran lorong dengan lebih selamat.

Rear Collision Warning (RCW)
Memberi amaran tentang kemungkinan pelanggaran dari belakang melalui amaran bunyi serta mengaktifkan lampu kecemasan secara automatik.

Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Mengesan kenderaan yang menghampiri dari belakang atau sisi ketika anda mengundur.

Door Opening Warning (DOW)
Mengurangkan risiko kemalangan ketika membuka pintu melalui amaran bunyi dan lampu amaran.

6 Beg Udara SRS
Diaktifkan semasa pelanggaran untuk membantu melindungi anda serta mengurangkan risiko kecederaan.

Sensor Parkir Hadapan dan Belakang
Sensor di bahagian hadapan dan belakang memudahkan proses parkir dengan amaran bunyi dan visual.

Wireless Apple CarPlay® & Android Auto™
Sambungkan peranti pintar pilihan anda dengan mudah dan tanpa wayar.

Skrin Dwi Bersepadu 16”
Akses semua keperluan digital anda melalui gabungan skrin pintar bergaya yang terdiri daripada meter digital 7” dan sistem infotainmen 9”, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan dengan hiburan dan maklumat di hujung jari.

Kamera Undur
Memaparkan keadaan di belakang kenderaan untuk membantu anda parkir dan mengundur dengan lebih mudah dan selamat.

Lampu Hadapan Automatik
Lampu hadapan ON/OFF automatik untuk pencahayaan yang lebih mudah dan praktikal.

Lampu Follow Me Home
Menerangi laluan anda selepas parkir, membimbing anda pulang dengan lebih selamat dan mudah hingga ke pintu rumah.

Pelarasan Ketinggian Lampu Hadapan
Membolehkan anda mengekalkan sudut pencahayaan yang ideal untuk pemanduan yang lebih selamat.

Cermin Sisi Elektrik dengan Fungsi Lipat Automatik
Melipat secara automatik ketika pintu dikunci untuk kemudahan tambahan.

Intelligent Entry dengan Butang Push Start
Akses tanpa kunci dan penghidupan enjin yang lebih mudah, direka untuk keselesaan anda.

3 Port USB
Kekal bertenaga sepanjang pemanduan dengan port USB yang mudah dicapai untuk semua peranti anda.

Peringatan Sebelum Meninggalkan Kenderaan
Amaran pintar untuk memastikan tiada barang tertinggal, memberikan anda ketenangan fikiran dalam setiap perjalanan.

Stereng Sporty Flat Bottom
Nikmati keselesaan dan kemudahan berinspirasikan sporty yang memfokuskan kepada pemandu melalui reka bentuk stereng baharu.

Tempat Duduk Leatherette Dwi-Tona
Gabungan keselesaan mewah dan reka bentuk moden yang direka khas untuk memenuhi cita rasa anda.

Reka Bentuk Corong Udara ‘Congkak’
Interpretasi moden motif ‘Congkak’ yang menggabungkan aliran udara dengan gaya dan ketelitian.

Reka Bentuk Ombak Berinspirasikan ‘Pantai’
Perincian ombak ‘Pantai’ pada pintu dan panel instrumen untuk penampilan kabin yang moden dan mengalir elegan.

Penyandar Kepala Belakang Boleh Laras
Direka untuk meningkatkan keselesaan penumpang belakang dengan sokongan ergonomik yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan individu.

Lampu Hadapan Projektor LED Penuh dengan Daytime Running Lamps
Menerangi setiap perjalanan dengan penampilan ikonik yang menyerlah siang dan malam.

Reka Bentuk Gril ‘Sulaman Songket’
Ekspresi seni warisan Malaysia yang halus, diserlahkan dalam setiap pemanduan.

Rim Aloi Dwi-Tona 15”
Tampil menyerlah dengan rim aloi baharu ‘Arrow’ berinspirasikan arah, dipadankan dengan kemasan dwi-tona yang elegan.

Antena Shark Fin
Reka bentuk anggun dan bergaya yang menyerlahkan profil moden serta aerodinamik.

Lampu Kombinasi Belakang LED Penuh
Pencahayaan LED canggih yang direka untuk meningkatkan kejelasan sambil menambahkan sentuhan elegan moden pada bahagian belakang kenderaan anda.

Bar Lampu Belakang LED
PenuhPencahayaan futuristik yang elegan untuk menyerlahkan kehadiran anda di jalan raya.

Kereta Pilihan No.1 Rakyat Malaysia!

Dapatkan kereta Proton idaman anda disini. Berhubung dengan saya untuk khidmat Sales Advisor yang berdaftar dan professional.

Saya MAT RAHMAT Sales Advisor Anda