Proton X90

Proton X90

Jenama SUV No. 1 Di Malaysia!

5-YEAR

Warranty Unlimited Mileage*

5-YEAR

Data Package 1GB/month*

6-TIMES

Free Labour Service*

RM99,800

Starting Price*

Pilihan Warna PROTON X90

Mempunyai 6 pilihan warna. *Sesetengah warna hanya ekslusif untuk varian tertentu sahaja.

Rekaan Proton X90 Bergaya dan Selesa

Enjin i-GT 1.5TD
Nikmati pemanduan yang cekap dan bertenaga dengan kuasa 181PS serta tork 290Nm.

Transmisi Dwi Klac 7-Kelajuan dengan Mod Manual
Nikmati penukaran gear yang lebih pantas, lancar dan responsif dalam semua keadaan trafik.

Suspensi Belakang Multi-Link dengan Penstabil
Meningkatkan kestabilan dan keselesaan dengan kawalan badan yang lebih baik serta menyerap hentakan jalan untuk perjalanan yang lebih lancar.

Pilihan Mod Pemanduan
Pilih antara mod Eco, Comfort atau Sport mengikut gaya pemanduan anda.

Pilihan Mod Stereng
Peribadikan setiap pemanduan dengan menukar rasa stereng melalui mod Normal, Comfort atau Sport.

Brek Parkir Elektrik dengan Auto Brake Hold
Secara automatik mengekalkan brek apabila kenderaan berhenti sepenuhnya.

Ruang Dalaman yang Selesa & Mesra

Unit Kepala Infotainmen 12.3”
Paparan skrin sentuh terapung yang memudahkan akses kepada fungsi-fungsi penting di hujung jari anda.

Ruang Bagasi
Sesuaikan ruang kabin mengikut keperluan setiap perjalanan dengan konfigurasi kargo yang fleksibel:
257L ruang but
1,011L dengan baris ketiga dilipat rata 2,050L dengan baris kedua & ketiga dilipat rata
Laraskan tempat duduk untuk mendapatkan ruang but yang lebih luas bila-bila masa diperlukan.

36 Ruang Simpanan Praktikal
Ruang simpanan yang direka dengan teliti di seluruh kabin memastikan barangan harian kekal tersusun dan mudah dicapai.

Tempat Duduk Luas 3 Baris
Memuatkan sehingga tujuh orang dewasa dengan selesa, lengkap dengan ruang kepala dan ruang kaki yang luas untuk setiap penumpang.

Tempat Duduk Kapten
Tempat duduk individu di baris kedua untuk keselesaan tambahan serta akses lebih mudah ke baris ketiga.

Tempat Duduk Bangku Lipat Berpecah
Tempat duduk bangku baris kedua dengan fungsi lipatan 60:40 untuk kapasiti penumpang dan fleksibiliti yang lebih baik.

Unit Infotainmen 12.3”
Skrin sentuh 12.3” bergaya terapung yang moden memberikan akses mudah kepada fungsi penting dan pilihan hiburan hanya di hujung jari anda.

Apple CarPlay® dan Android Auto™ Tanpa Wayar
Sambungan lancar dengan peranti pintar pilihan anda sama ada secara tanpa wayar atau berwayar.

Tempat Duduk Kulit Nappa
Tempat duduk yang lembut dan empuk memberikan rasa lebih premium serta keselesaan berpanjangan.

Tempat Duduk Pemandu Elektrik 6-Hala dengan Sokongan Lumbar 2-Hala
Tempat duduk boleh laras elektrik dengan sokongan lumbar memudahkan anda mendapatkan posisi duduk yang paling selesa.

Tempat Duduk Penumpang Hadapan Elektrik 4-Hala dengan Suis ‘Boss’
Tempat duduk penumpang hadapan boleh laras elektrik dilengkapi suis ‘Boss’ untuk kemudahan pelarasan oleh pemandu bagi keselesaan maksimum.

Tempat Duduk Berpengudaraan Baris Pertama & Kedua
Kekal sejuk dan selesa dengan tempat duduk berpengudaraan di baris hadapan dan kedua, memberikan suasana pemanduan yang lebih menyegarkan walaupun dalam cuaca panas.

Corong Penyaman Udara Peribadi Baris Kedua & Ketiga
Corong penyaman udara khusus untuk memastikan penumpang di baris kedua dan ketiga kekal sejuk serta selesa.

Penyaman Udara Dwi-Zon Automatik dengan Penapis Udara
Melaras suhu secara automatik untuk perjalanan yang lebih selesa serta meningkatkan kualiti udara dalam kabin kenderaan.

Penyaman Udara Belakang Berasingan
Sistem penyaman udara belakang dengan corong udara untuk baris kedua dan ketiga bagi memastikan penyejukan yang optimum.

7 USB Ports
Charge electronic devices conveniently with 6 USB Type-A ports and 1 USB Type-C port.

Pengelap Cermin Hadapan Automatik dengan Sensor Hujan
Menghidupkan dan melaraskan kelajuan pengelap secara automatik mengikut keamatan hujan untuk memastikan penglihatan yang optimum.

Penghidup Enjin Jarak Jauh
Hidupkan enjin dari jauh untuk memanaskan enjin dan menyejukkan kabin sebelum anda masuk ke dalam kenderaan.

Lampu Alu-Aluan Hadapan
Lampu yang menyambut kehadiran anda, memberikan pengalaman eksklusif setiap kali anda menghampiri kenderaan.

Paparan Meter 10.3”
Paparan berwarna penuh yang memaparkan maklumat penting dengan jelas sepintas lalu.

Penyandar Kepala Ergonomik
Memberikan sokongan yang betul untuk kepala dan leher bagi mengurangkan keletihan serta meningkatkan keselesaan dalam setiap pemanduan.

Kamera HD 360° dengan Paparan Lut Sinar 180°
Paparan sekeliling penuh yang memaparkan bahagian atas, sisi dan bawah kenderaan, memastikan anda mendapat pandangan menyeluruh terhadap persekitaran.

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Paparan masa nyata tekanan dan suhu tayar untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat.

6 Beg Udara SRS
Mengembang secara automatik semasa perlanggaran untuk melindungi dan mengurangkan risiko kecederaan.

Kunci Automatik Apabila Beredar
Pintu akan dikunci secara automatik apabila anda berjalan menjauhi kenderaan.

Lampu Hadapan LED dengan Lampu Siang (DRL)
Pencahayaan maksimum dalam semua keadaan cuaca dengan lampu hadapan LED penuh yang bergaya.

Lampu “Follow Me Home”
Menerangi laluan anda selepas memarkir kenderaan, membimbing anda pulang ke pintu rumah dengan selamat dan mudah.

6 Sensor Parkir
Sensor hadapan dan belakang membantu memudahkan parkir dengan amaran bunyi dan visual.

Kereta Pilihan No.1 Rakyat Malaysia!

Dapatkan kereta Proton idaman anda disini. Berhubung dengan saya untuk khidmat Sales Advisor yang berdaftar dan professional.

Saya MAT RAHMAT Sales Advisor Anda