Lampu Hadapan LED dengan Lampu Siang (Daytime Running Lamps)
Pencahayaan maksimum dalam semua keadaan cuaca dengan lampu hadapan LED penuh yang bergaya.
Rim Aloi 19”
Reka bentuk bergaya dengan kemasan dua tona untuk penampilan yang dinamik.
Pengelap Cermin Hadapan Automatik dengan Pengesan Hujan
Secara automatik diaktifkan dan melaras kelajuan pengelap hadapan mengikut intensiti hujan untuk memastikan penglihatan maksimum.
Lampu Aluan Hadapan
Lampu yang menyambut anda ke ruang eksklusif anda.
Paparan Meter Kombinasi 7”
Paparan berwarna penuh yang memaparkan maklumat penting dengan jelas sepintas lalu.
Lampu Ambien Berirama
72 warna lampu yang bertindak balas mengikut rentak muzik untuk mewujudkan pengalaman yang lebih bertenaga.
Tempat Duduk Pemandu Kuasa 6-Hala dengan Sokongan Lumbar 2-Hala
Tempat duduk larasan elektrik dengan sokongan lumbar untuk membantu anda mendapatkan posisi duduk yang paling selesa.
Tempat Duduk Penumpang Hadapan Kuasa 4-Hala dengan Suis “Boss”
Tempat duduk penumpang hadapan dengan pelarasan elektrik serta suis “Boss” untuk keselesaan yang boleh dikawal oleh pemandu.
Tempat Duduk Hadapan Berpengudaraan
Pengalaman lebih selesa dengan aliran udara sejuk yang mengalir melalui tempat duduk hadapan, terutama ketika cuaca panas.
Penyaman Udara Automatik Dwi-Zon
Melaras suhu secara automatik untuk pemandu dan penumpang hadapan bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa.
Sistem Penapis Udara
Berkesan menapis pencemar udara dan meningkatkan kualiti udara dalam kabin kenderaan.
Pintu But Kuasa dengan Auto Buka Berdekatan
Membuka pintu but secara automatik untuk kemudahan tanpa sentuhan tangan.
Unit Kepala Infotainmen 12.3”
Paparan skrin sentuh terapung yang memudahkan akses kepada fungsi-fungsi penting di hujung jari anda.
Arahan Suara
Sebut “Hi PROTON” untuk mengawal tingkap, penyaman udara, navigasi dalam talian, penstriman muzik dalam talian dan banyak lagi.
Aplikasi Mudah Alih PROTON Link 2.0
Pantau dan kawal fungsi tertentu kenderaan dari jarak jauh seperti menghidupkan enjin dan tetapan penyaman udara.
Apple CarPlay® dan Android Auto™
Tanpa WayarSambungan lancar dengan peranti pintar pilihan anda sama ada melalui sambungan tanpa wayar atau berwayar.
Navigasi Dalam Talian
Navigasi GPS menyediakan panduan arah pemanduan serta amaran trafik untuk membantu anda sentiasa berada selangkah di hadapan.
Penstriman Muzik Dalam Talian dan Ramalan Cuaca
Nikmati muzik kegemaran anda dan kekal dikemas kini dengan keadaan cuaca semasa.
5 Port USB
Cas peranti elektronik dengan mudah melalui 3 port USB Jenis-A dan 2 port USB Jenis-C.
Enjin i-GT 1.5TD
Lebih lancar dan mesra alam berbanding sebelum ini, enjin ini telah dioptimumkan untuk menghasilkan 181PS dan 290Nm tork.
Transmisi Dwi Klac 7-Kelajuan dengan Mod Manual
Nikmati penukaran gear yang lebih pantas, lancar dan responsif dalam semua keadaan trafik.
Pemilihan Mod Pemanduan
Pilih antara mod Normal, Eco atau Sport mengikut gaya pemanduan anda.
Brek Parkir Elektronik dengan Auto Brake Hold
Secara automatik mengekalkan brek dalam keadaan aktif apabila kenderaan berhenti sepenuhnya.
Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
Memberi amaran dan membrek kenderaan secara automatik apabila potensi perlanggaran hadapan dikesan.
Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan Stop & Go
Mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan walaupun berlaku perubahan kelajuan.
Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
Mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan serta memastikan kenderaan kekal di tengah lorong.
Bantuan Kekal Lorong (LKA)
Amaran Keluar Lorong (LDW)
Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
Kawalan Penjajaran Lorong (LCC)
Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI)
Mengesan, mengenal pasti dan memaparkan maklumat papan tanda jalan pada paparan meter.
Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
Menukar secara automatik antara lampu rendah dan lampu tinggi apabila terdapat kenderaan dari arah bertentangan atau berhampiran.
Bantuan Pertukaran Lorong (LCA)
Memantau kawasan titik buta dan memberi amaran kepada pemandu apabila terdapat kenderaan berhampiran untuk pertukaran lorong yang lebih selamat.
Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA)
Mengesan kenderaan yang menghampiri dari belakang dan sisi ketika mengundur keluar dari petak parkir.
Amaran Pembukaan Pintu (DOW)
Mengurangkan risiko perlanggaran ketika membuka pintu melalui amaran bunyi dan lampu amaran.
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Memantau tekanan dan suhu tayar secara masa nyata untuk memberikan ketenangan minda.
Kamera HD 360° dengan Paparan Telus 180°
Memberikan bantuan visual untuk memudahkan pergerakan dan parkir dengan lebih mudah.
Kunci Automatik Apabila Beredar
Mengunci pintu secara automatik apabila anda menjauh dari kenderaan.
6 Beg Udara SRS
Memberi perlindungan dan mengurangkan risiko kecederaan semasa perlanggaran.