Lampu Hadapan LED
Lampu hadapan LED bergaya yang dilengkapi dengan fungsi auto on/off dan follow me home.
LED Daytime
Running LampsTampil segar dan moden dengan lampu siang baharu yang bergaya.
Rim Aloi 16”
Rim dwi-tona dinamik yang menyerlahkan gaya anda di setiap perjalanan.
Tempat Duduk Leatherette
Duduk dan nikmati keselesaan mewah dengan tempat duduk leatherette yang lembut dan selesa.
Paparan Meter Kombinasi
Dilengkapi dengan paparan pelbagai maklumat TFT 3.5” untuk penyampaian informasi yang jelas dan mudah difahami.
Penyaman Udara dengan Paparan Digital
Tetapkan suhu kabin dengan mudah melalui kawalan penyaman udara yang direka semula.
Intelligent Entry dengan Butang Push Start
Masuk dan hidupkan enjin dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan kunci pintar dari poket atau beg tangan anda.
Cermin Sisi Elektrik dengan Fungsi Lipat Automatik
Cermin sisi akan melipat secara automatik ketika pintu dikunci untuk kemudahan tambahan.
Pembukaan But Jarak Jauh
Memudahkan urusan memasukkan dan mengeluarkan barangan dari but hanya dengan satu sentuhan pada kunci pintar.
Ruang But 510L
Ruang but yang luas untuk memenuhi keperluan setiap perjalanan jauh, memastikan tiada barang penting yang tertinggal.
Penapis Kabin N95
Menapis partikel asap, habuk, bakteria dan pelbagai bahan pencemar lain secara efektif untuk kualiti udara kabin yang lebih bersih dan selesa.
Suis Mod ECO
Tingkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan bantuan suis mod ECO.
Tempat Letak Tangan Hadapan dengan Kotak Konsol
Gabungan keselesaan dan fungsi melalui tempat letak tangan bergaya baharu yang turut menyediakan ruang simpanan tambahan di bahagian bawah.
Tempat Duduk Belakang Lipatan 60:40
Tingkatkan kapasiti ruang simpanan dengan fungsi lipatan tempat duduk belakang 60:40 untuk memuatkan barangan bersaiz besar.
Unit Infotainmen Terapung 8”
Kekal terhubung dengan unit utama pintar dan bergaya kami:• Navigasi Dalam Talian
• Penstriman Muzik Dalam Talian
• Ramalan Cuaca Dalam Talian
• Sambungan Telefon Pintar
• Sambungan Bluetooth
• Sambungan 4G dan Wi-Fi
Arahan Suara
Sebut “Hi PROTON” untuk mengawal tingkap pemandu, penyaman udara, komunikasi, navigasi dan pilihan hiburan dengan mudah.
Unit Infotainmen Terapung 8”Arahan Suara 6 Port USB
Tidak perlu risau kehabisan port USB dengan 3 port di hadapan, 2 di belakang dan 1 di belakang cermin pandang belakang untuk membekalkan kuasa kepada dash cam.
6 Beg Udara SRS
Diaktifkan semasa pelanggaran untuk melindungi penumpang serta mengurangkan risiko kecederaan.
Struktur Badan Diperkukuh dengan Keluli Hot Press Formed
Menggunakan teknologi hot press forming untuk menghasilkan struktur badan yang lebih kukuh, kuat dan seterusnya lebih selamat.
Electronic Stability Control dan Traction Control System
Meningkatkan kestabilan serta cengkaman kenderaan dalam pelbagai keadaan jalan dan cuaca.
Hill Hold Assist
Mengelakkan kenderaan daripada mengundur ketika berada di cerun, memberikan keyakinan kepada pemandu untuk melepaskan pedal brek dan menekan pedal minyak bagi bergerak ke hadapan.